Saturday, October 22, 2011

10 perkara yang merosakkan otak!

assalamualaikum..:)

okay hari ni aku nak share pasal otak, kenapa kita rajin belajar tapi tak pandai2.hahaha

1. Tidak mengambil sarapan pagi.
otak merupakan organ yg paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripda keperluan tenaga badan. tidak mengambil sarapan pagi akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. banyak sel-sel otak akan mati dan keselur5uhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.haa! jangan lupa breakfast! makan lah walaupun sekeping roti :)

2. Terlebih makan.
Tidak bermakna makn berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus. *macam aku je!hahaha

3. merokok
asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel- otak! ingat tu siapa yg merokok!insaf-insaf lah.*aku pantang betul org merokok ni,kalau aku membebel pasal ni sampai ke esok tak habis.

4. Mengambil gula berlebihan.
gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Menghidu udara yang tercemar.
otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.
meghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak

6. tidur berlebihan.
tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang. * aku suka tidur -.-'

7. tidur menutup muka.
tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8. kurang berimaginasi.
berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun. *yang aku tak terlibat, sebab aku kuat berangan.hahaha

9. jarang berfikir.
jarang berfikir menyebabklan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. maka, selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10. tidak membaca al-quran (ni yang paling penting !)
al-quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. tidak membaca al-quran menyabablan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

so, siapa yang rasa salah satu daripada perkara ni berlaku kat korang, cepat2 lah hindarkan okay ;)

1 comment: