assalamualaikum..
hm aku baru je balik dari shoping, hati aku tersentap bila aku tengok gadis-gadis yang akhlaknya tak seindah mukanya..aku dengar suara terpekik terlolong dan hilai ketawa dari se'geng' remaja yang berkerumun. tersentapnya hati aku bila tengok diorang tu gadis melayu.lagak diorang dah tak macam seorang wanita,dengan bajunya terdedah sini sana, tingkahlaku yang menjengkelkan, bebas bergaul tanpa sempadan. *dah macam broadband -> layari internet tanpa sempadan -.-'. hilang sifat muslimah yang sepatutnya membaluti tubuh mereka. aku bukan nak bajet alim surau sesedap oren mengata orang. aku just nak luahkan perasaan yang sedang marah dan sentap!. maaf kalau terasa.
Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab,
" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]
Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat dikhalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri?
Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.
" Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milihpun tiada guna."
Ya.. Jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hambaNya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya.
Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Demikianlah perempuan yang tidak mentaati Allah dengan menjalankan Islam secara sepenuhnya akan berkahwin dengan lelaki yang berperwatakan sepertinya. Itu janji Allah!
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
[24:26]
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
[24:26]
jantung wanita |
Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan RasulNya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.
*pesanan untuk diri saya jugak :). till then.
terharu ina :)
ReplyDeleteingatan bersama :')
ReplyDeleteNice entry,moga2 sy dalam golongan wanita solehah.Amiiin
ReplyDeleteamin.. :)
ReplyDeletenice entry..keep blogging!
ReplyDeletenice(^_^)
ReplyDeletesemoga semua ambil iktibar..
ReplyDeletecik ina, nt buang word verification k. jimat masa nak komen2 :)
wanita sangat istimewa :)
ReplyDelete@sis92 - oh okay2. no biggie :)
ReplyDeletepesanan teristimewa buad wanita..
ReplyDeletenice:]
saya suka entri ni =)
ReplyDeleteKunjungan bLogger, :) Nice Inpo...
ReplyDeleteShare : MP3 Kisah Inspiratif Bag. VI, tlg review-nya... Thanks...
Salam bLogger
sharing the good things is good, be good ok...
ReplyDeletedone follow sini
tq