Friday, May 25, 2012

KEK BATIK SECRET RECIPE

assalamualaikum..

baiklah. rabu hari tu aku dah habis exam so aku mengisilah masa lapang aku kan. so dengan tahap kerajinan yang maksima aku pong buat kek batik.bising je lebih kau amalina! rajin lah sangat kan. kek batik ni orang yang malas tahap panda pun boleh buat. buat sambil baring pun boleh. buleh koo??

baik.mari kita mulakan.


bahan-bahannya (feeling masterchef)
- 1 bungkus biskut marie. dipatah-patahkan kepada 4 bahagian.
- 1 paket milo. yang kecik je tau
- setengah tin susu pekat
- 1 buku butter. belilah buttercup yang 250g punya macam gambar diatas.
- dah. itu je tak yah nak lebih-lebih pulak. =P


sebelum mulakan masak. kau kena kacau milo dengan air panas, jangan banyak sangat airnya tau! cukup sekadar milo tu likat macam ni. maybe 3 or 4 sudu air je okay. tujuannya nak bagi perjalanan proses memasak kita nanti smooth je. kalau kita terus tuang serbuk milo tu dalam kuali nanti milo tu berketul-ketul . okay?


mula-mula puan-puan, panaskan api. sepanjang proses memasak kek batik ni api kena perlahan je tau.
 then,cairkan butter tu ye puan-puan dan tuan-tuan *nada sengau tapi gedik tapi hot.


then kita masukkan setengah tin susu pekat ke dalam kuali tadi. kacau-kacau. eh.janganlah kacau kiteww =p kau jangan masukkan 1 tin pulak. semut pun boleh kena kencing manis tahu? o.O


then masukkan milo yang kita dah cairkan tadi.


kacau semua bahan dalam kuali tadi sampai dia transform jadi kaler ceklak *chocolate.


bila dia dah jadi coklat, masukkan biskut marie yang telah dikarate tadi ke dalam kuali :D pehh harum bau diaaaa!


lepas biskut semua dah fully disalut coklat dan dah sebati, tutup api dan tuang ke dalam acuan. tekan-tekan biskut tu kasi mampat-semampat yang buleh. bila dah mampat terus simpan dalam peti ais. sejukkan selama 3 jam. bila masa dah time boleh lah kita makan :D

dah siap!!

senang je kan? ada orang panggil kek batik ni kek pemalas. ade ke patot?? tak baik tau, kan nak masuk perut jugak nanti :)


punya lah kedekut kan amalina kau! sepotong je keknye aku snap dan tepek di blog ku ini,.muahaha.nak? buat lah sendri.sedap tau! bahan-bahan dia tak mahal pun bajet under rm 20 pun dah boleh buat 1 loyang. lain lah kalau kau gi beli biskut marie tu kat paris kan. mahal lah kot kek tu jadinya nanti.muahaha. okay sekian. thankyou. -chef amalina-

#kau nak jadi ape sebenarnya amalina oi??! o.O

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA 

7 comments:

  1. Waaahh..sungguh menyelerakan..nanti nk try buatlah.. ;)

    ReplyDelete
  2. nampak sedap..siap kasi gambar step by step lagi..

    ReplyDelete
  3. wah! telan air liur pagi2 ni lepas tgk kek batik awk tuuu. sedap nya! :)

    ReplyDelete