Assalamualaikum..
2 hari yang lepas aku dengan family pergi legoland. mak kauu orang, macam semut. maybe sebab nak sambut krismas kot.
kitorang gerak pukul 9 lebih, then tiba disana jumpa macam2 jenis ragam. parking nasib baik free *tetiba* .
dah sampai sana ofcoz lah nak kena beli tiket dulu kan. so, kitorang gi lah kat kaunter dia. OMGGGGGG beratur sangat panjang okay
ayah cakap beli tiket annual pass je, memandangkan kami orang johor je kan boleh datang bila2 masa and banyak2 kali. natijahnya (siap natijahnya lagi kauu),ingatkan annual pass ticket (untuk setahun) dengan 1 day pass ticket beli kat kaunter yang sama so kitorang beraturlah kat line yang panjangnya dalam 1/2 kilometer (betul,tak tipu) nampak kan orang yang baju hijau tu tunjuk, menggambarkan betapa pnjangnya line.haha
beratur dalam 1 jam okay, 1 JAM.mekap aku memang cair lah kan. huh.dengan panas terik.aku memang dah takde mood lah. beratur berjam2 tetiba aku perasan yang annual pass ticket diasingkan belah kiri!! waduhh waduhh mas joko. apelah malang. dengan muka serupa tahi takde mood aku pun gi lah kaunter belah kiri.kat kaunter ni pun berjam! pukul 1 baru settle ticket2 kitorang. kenapa lah ramai benor orang ni. :'( taktahu lah muka aku ke muka hantu kat kat annual tu sebab dengan orang ramai, beratur berjam2, panas terik, kena tangkap gambar lah pulak untuk id card annual pass.
then dah pass semua kami pi solat dulu,dan mulakan pengembaraan.
adik-adik aku semua dah target project X roller coaster tu. aku tertarik tengok orang asyik terjerit-jerit naik binatang ni. (peliklah,apalah sangat roller coaster ni sampai terjerit2 aku pun tak paham.bukan tinggi pun. :p) mesti korang cakap : belagak siot mak jemah ni, kau tunggulah.
ni makan kau.
ehem! aku saje je buat muka macam tu, dah tahu dah ayah snap dari bawah. iolz berani tau, tak gentarrr.
* padahal..teeeeeetttt
rasakan amalina. |
dibaham dek ikan jos tapi muka tampak ceria. bagaimana? :/
we in miniland
naik keretapi sebab amalina kau tak larat dah nak jalan kaki. |
main punya main, lupa nak lunch. nasib baik kitorang bawak bekal. bawak bekal? guys, haruslah berbelanjakan duit dengan berhemah kan? buat annual pass 1 family aku je dah rm2035 kot. nak beli makan kat dalam legoland? tahukah uolzz mineral water rm 2.50 dan air heaven & earth ice lemon tea kesukaan aku rm12.00 dijual kat sini. haiyoo. baiklah bawak bekal dari rumah. sangat ekonomi kan? nasib baik staff ayah dah pesan awal2 bawak bekal dari dumah, air masak pun bawa dari rumah. save money ! ^^,
mungkin sangat lapar -.-' teka siapa lagi kebulor.haha |
apesal semua muka serupa pembunuh?? |
ni untuk budak kecik je. izzah sentiasa begitu di setiap game >,< |
we are in land of adventure
LEGO MINDSTROMS |
jangan risau, kemudahan surau disediakan. |
sampai ke malam! bersemangat betul makcik sorang ni. |
ohh ya , jangan lupa bawa baju spare takot main permainan yang will get wet.
ee muka tak mandi dari siang.hahaha. oh itu bag MNG dari Moddy |
water splash malam2 cantik. |
actually banyak lagi yang kitorang main tapi tak sempat nak upload banyak2. dan banyak lagi yang kitorang belum main seperti Lego Kingdoms, Studio 4D, Dino Island and beberapa lagi. pergi 1 hari memang tak cukup. nasib baik buat annual pass, boleh pegi lagi banyak kali kan. :)
penat sangat, sebelum balik kitorang beli lah sikit mainan untuk si aqil kat Big Shop dia. dah aqil asyik ajak masuk je kan.
bye pakcik lego. nanti kami datang lagi =) kami singgah makan kat Restoran Remaja dekat dengan Angsana JB Mall.(dah tukar nama, dulu Plaza Angsana). makanan dia sedap tak ingat dunia sampai lupa nak snap makanannya.haha
Aqil keletihan 1 hari bermain |
jadi terencat begini selepas turun dari roller coaster. |
suasana dan hiasan dalaman restoran ni sangat damai.
pada pendapat aku tentang Legoland ni:1. kena pi awal2, kalau boleh pukul 9 dah terpacak beratur. orang sangat ramai lebih2 lagi musim cuti sekolah dan weekend.
2. pukul 12 tiket dah sold out. so sebelum subuh dah kena start enjin.haha
3. bawa makanan dari rumah,tapi jangan lah bawa mangkuk tingkat bagai. susah nak sorokkan dalam beg sebab kat pintu masuk dia cek.
4. bawa mineral water banyak2. sangat kehausan nanti dan mineral water kat sana agak mahal. tapi boleh je kalau nak beli pun =)
5.bawa baju spare. sebab ada part air. tapi kalau taknak main air tak yah lerr bawak, buat berat beg je nak usung ke hulu hilir
6. pihak legoland perlu tambahkan bilangan pekerja mereka. lebih2 lagi musim cuti sekolah. driver keretapi asyik orang yang sama dari pagi ke malam.
7. pihak legoland perlu membuka banyak lagi kaunter masuk time public holiday. orang ramai tapi kaunter buka 1, dah la beratur berjam2 beli tiket, nak masuk pun kena beratur berjam2 ke? public holiday kot uolz. kammon. kesian yang bawa baby, merengek2.
ha itu jelah yang aku boleh cerita pasal Legoland ni. untuk maklumat lanjut layari Legoland Malaysia =)
sayang semua-amalinazaini