Wednesday, December 26, 2012

LEGOLAND MALAYSIA

Assalamualaikum..

2 hari yang lepas aku dengan family pergi legoland. mak kauu orang, macam semut. maybe sebab nak sambut krismas kot. 

kitorang gerak pukul 9 lebih, then tiba disana jumpa macam2 jenis ragam. parking nasib baik free *tetiba* .


dah sampai sana ofcoz lah nak kena beli tiket dulu kan. so, kitorang gi lah kat kaunter dia. OMGGGGGG beratur sangat panjang okay


ayah cakap beli tiket annual pass je, memandangkan kami orang johor je kan boleh datang bila2 masa and banyak2 kali. natijahnya (siap natijahnya lagi kauu),ingatkan annual pass ticket (untuk setahun) dengan 1 day pass ticket beli kat kaunter yang sama so kitorang beraturlah kat line yang panjangnya dalam 1/2 kilometer (betul,tak tipu) nampak kan orang yang baju hijau tu tunjuk, menggambarkan betapa pnjangnya line.haha

beratur dalam 1 jam okay, 1 JAM.mekap aku memang cair lah kan. huh.dengan panas terik.aku memang dah takde mood lah. beratur berjam2 tetiba aku perasan yang annual pass ticket diasingkan belah kiri!! waduhh waduhh mas joko. apelah malang. dengan muka serupa tahi takde mood aku pun gi lah kaunter belah kiri.kat kaunter ni pun berjam! pukul 1 baru settle ticket2 kitorang. kenapa lah ramai benor orang ni. :'( taktahu lah muka aku ke muka hantu kat kat annual tu sebab dengan  orang ramai, beratur berjam2, panas terik, kena tangkap gambar lah pulak untuk id card annual pass.

then dah pass semua kami pi solat dulu,dan mulakan pengembaraan.


 adik-adik aku semua dah target project X roller coaster tu. aku tertarik tengok orang asyik terjerit-jerit naik binatang ni. (peliklah,apalah sangat roller coaster ni sampai terjerit2 aku pun tak paham.bukan tinggi pun. :p) mesti korang cakap : belagak siot mak jemah ni, kau tunggulah.


 ni makan kau.

 ehem! aku saje je buat muka macam tu, dah tahu dah ayah snap dari bawah. iolz berani tau, tak gentarrr.
 * padahal..teeeeeetttt
rasakan amalina.


 dibaham dek ikan jos tapi muka tampak ceria. bagaimana? :/

 we in miniland


naik keretapi sebab amalina kau tak larat dah nak jalan kaki.
main punya main, lupa nak lunch. nasib baik kitorang bawak bekal. bawak bekal? guys, haruslah berbelanjakan duit dengan berhemah kan? buat annual pass 1 family aku je dah rm2035 kot. nak beli makan kat dalam legoland? tahukah uolzz mineral water rm 2.50 dan air heaven & earth ice lemon tea kesukaan aku rm12.00 dijual kat sini. haiyoo. baiklah bawak bekal dari rumah. sangat ekonomi kan? nasib baik staff ayah dah pesan awal2 bawak bekal dari dumah, air masak pun bawa dari rumah. save money ! ^^,
mungkin sangat lapar -.-' teka siapa lagi kebulor.haha

apesal semua muka serupa pembunuh??






ni untuk budak kecik je. izzah sentiasa begitu di setiap game >,<

we are in land of adventure


LEGO MINDSTROMS
Huahh sumpah penat gila. 1 hari memang tak cukup nak khatamkan 1 legoland. sangat luas. kalau yang bawa baby tu kesian baby penat, asyik merengek je nak tido.

jangan risau, kemudahan surau disediakan.

sampai ke malam! bersemangat betul makcik sorang ni.
 ohh ya , jangan lupa bawa baju spare takot main permainan yang will get wet.


ee muka tak mandi dari siang.hahaha. oh itu bag MNG dari Moddy

water splash malam2 cantik.

actually banyak lagi yang kitorang main tapi tak sempat nak upload banyak2. dan banyak lagi yang kitorang belum main seperti Lego Kingdoms, Studio 4D, Dino Island and beberapa lagi. pergi 1 hari memang tak cukup. nasib baik buat annual pass, boleh pegi lagi banyak kali kan. :)

penat sangat, sebelum balik kitorang beli lah sikit mainan untuk si aqil kat Big Shop dia. dah aqil asyik ajak masuk je kan.



bye pakcik lego. nanti kami datang lagi =) kami singgah makan kat Restoran Remaja dekat dengan Angsana JB Mall.(dah tukar nama, dulu Plaza Angsana). makanan dia sedap tak ingat dunia sampai lupa nak snap makanannya.haha





Aqil keletihan 1 hari bermain

jadi terencat begini selepas turun dari roller coaster.


 suasana dan hiasan dalaman restoran ni sangat damai.
pada pendapat aku tentang Legoland ni:

1. kena pi awal2, kalau boleh pukul 9 dah terpacak beratur. orang sangat ramai lebih2 lagi musim cuti sekolah dan weekend.
2. pukul 12 tiket dah sold out. so sebelum subuh dah kena start enjin.haha
3. bawa makanan dari rumah,tapi jangan lah bawa mangkuk tingkat bagai. susah nak sorokkan dalam beg sebab kat pintu masuk dia cek.
4. bawa mineral water banyak2. sangat kehausan nanti dan mineral water kat sana agak mahal. tapi boleh je kalau nak beli pun =)
5.bawa baju spare. sebab ada part air. tapi kalau taknak main air tak yah lerr bawak, buat berat beg je nak usung ke hulu hilir
6. pihak legoland perlu tambahkan bilangan pekerja mereka. lebih2 lagi musim cuti sekolah. driver keretapi asyik orang yang sama dari pagi ke malam.
7. pihak legoland perlu membuka banyak lagi kaunter masuk time public holiday. orang ramai tapi kaunter buka 1, dah la beratur berjam2 beli tiket, nak masuk pun kena beratur berjam2 ke? public holiday kot uolz. kammon. kesian yang bawa baby, merengek2.


ha itu jelah yang aku boleh cerita pasal Legoland ni. untuk maklumat lanjut layari Legoland Malaysia =)
bye2!

sayang semua-amalinazaini

Tuesday, December 25, 2012

TEASER


 assalamualaikum...

hai semua! i'm back from a long hiatus. OMG rindu giler ok dekat blog ni. agak setengah tahun jugak aku tak update blog. Sorrylah I busy dengan kerjaya sebagai pelajar. kerjaya? -,-'

kehidupan aku sebagai pelajar yang kena bangun pagi, mandi, breakfast, naik bas gi sekolah, balik sekolah, bangun pagi, mandi, breakfast, naik bas gi sekolah, balik sekolah, bangun pagi lagi, mandi, breakfast, kena kejar anjing..haa dah cukup menunjukkan kebosanannya sampai takde masa tentang dunia cyber yang fana ini =) hahh rindu dekat blog ni. aku dah bebas dari STPM so selepas ni aku akan kembali aktif balik berblogging. keep reading my blog okay.





apakah yang terjadi?? tunggu my next entry ya!





Tuesday, June 26, 2012

masa.

assalamualaikum..

ye kawan-kawan, aku terlalu sibuk sampai takde masa untuk aku dating dengan blog aku sendiri. takde masa dengan kelas. takde masa dengan family. takde masa dengan waktu makan. badan pun makin susut. argghh ! persetankan semua itu. aku memang penat dengan macam -macam hal. melayan kerenah manusia yang tak pernah berhenti menduga kesabaran aku. sometimes i've always think life is unfair. and that makes me feel dissapointed, without any reasons. such childish. it's okay amalina. allah always with you. 


oh yaa, aku baru balik dari pertandingan bahas ala parlimen sempena karnival prauniversiti. smart ke tidoookkk? haha. bye :)

Friday, May 25, 2012

KEK BATIK SECRET RECIPE

assalamualaikum..

baiklah. rabu hari tu aku dah habis exam so aku mengisilah masa lapang aku kan. so dengan tahap kerajinan yang maksima aku pong buat kek batik.bising je lebih kau amalina! rajin lah sangat kan. kek batik ni orang yang malas tahap panda pun boleh buat. buat sambil baring pun boleh. buleh koo??

baik.mari kita mulakan.


bahan-bahannya (feeling masterchef)
- 1 bungkus biskut marie. dipatah-patahkan kepada 4 bahagian.
- 1 paket milo. yang kecik je tau
- setengah tin susu pekat
- 1 buku butter. belilah buttercup yang 250g punya macam gambar diatas.
- dah. itu je tak yah nak lebih-lebih pulak. =P


sebelum mulakan masak. kau kena kacau milo dengan air panas, jangan banyak sangat airnya tau! cukup sekadar milo tu likat macam ni. maybe 3 or 4 sudu air je okay. tujuannya nak bagi perjalanan proses memasak kita nanti smooth je. kalau kita terus tuang serbuk milo tu dalam kuali nanti milo tu berketul-ketul . okay?


mula-mula puan-puan, panaskan api. sepanjang proses memasak kek batik ni api kena perlahan je tau.
 then,cairkan butter tu ye puan-puan dan tuan-tuan *nada sengau tapi gedik tapi hot.


then kita masukkan setengah tin susu pekat ke dalam kuali tadi. kacau-kacau. eh.janganlah kacau kiteww =p kau jangan masukkan 1 tin pulak. semut pun boleh kena kencing manis tahu? o.O


then masukkan milo yang kita dah cairkan tadi.


kacau semua bahan dalam kuali tadi sampai dia transform jadi kaler ceklak *chocolate.


bila dia dah jadi coklat, masukkan biskut marie yang telah dikarate tadi ke dalam kuali :D pehh harum bau diaaaa!


lepas biskut semua dah fully disalut coklat dan dah sebati, tutup api dan tuang ke dalam acuan. tekan-tekan biskut tu kasi mampat-semampat yang buleh. bila dah mampat terus simpan dalam peti ais. sejukkan selama 3 jam. bila masa dah time boleh lah kita makan :D

dah siap!!

senang je kan? ada orang panggil kek batik ni kek pemalas. ade ke patot?? tak baik tau, kan nak masuk perut jugak nanti :)


punya lah kedekut kan amalina kau! sepotong je keknye aku snap dan tepek di blog ku ini,.muahaha.nak? buat lah sendri.sedap tau! bahan-bahan dia tak mahal pun bajet under rm 20 pun dah boleh buat 1 loyang. lain lah kalau kau gi beli biskut marie tu kat paris kan. mahal lah kot kek tu jadinya nanti.muahaha. okay sekian. thankyou. -chef amalina-

#kau nak jadi ape sebenarnya amalina oi??! o.O

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA 

Saturday, May 12, 2012

tolong jangan baca

*mood jiwang sekejap*

to my superman :)


Kau perlakukan aku lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa bahagianya aku dapat ruang cintamu
Hanya kamu saja

Yang mampu begitu tulus mengerti aku

Kau sempurna bagiku tak kurang sesuatu

Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu Tak kurang sesuatu

Cinta bersatu

Gayamu Sifatmu

Cara mencintaiku

Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu



 <3

Friday, May 11, 2012

MAKLUM BALAS SI PERAKAM AKSI IBU DERA ANAK.

assalamualaikum..

aku sedih,kecewa, marah, nak menangis pun ye tengok video ibu yang dera anak dia, dah banyak tersebar kat fb dah. dan aku maki hamun manusia kejam dan yang rakam video tu. ''eh macam #$#&%$ lah!, kau tak sayang anak ke ape??!bagi aku jelah! '' ,, "eh @#%$*^%& lah perempuan yang rakam video ni! dia pun bersubahat jugak!"

aku pasti yang ramai berfikiran macam aku jugak kan? tapi hakikatnya, si perakam tu TAKDE NIAT PUN nak bersubahat..ni informasi yang aku dapat:

Ya sayalah perakam aksi ibu dera anak itu. Bukan akak tak nak tolong tetapi...

"saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. jadi, jangan kanata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa"




hm.. *speechless*

Thursday, May 10, 2012

BEBOLA LUMPUR

assalamualaikum

eh amalina? dah abes exam ka?haha.. chill , aku sedang me-release tension-kan otak aku ni dan melepaskan gian menaip-naip papan yang ada huruf ni. well hello readers! #duhh!!ada readers ke kau?HAHAHA.lantoookk~ 

okay semalam aku and the geng majlis perwakilan pelajar pergi melawat ke perkampungan orang asli sayong pinang. dah lah aku ada paper pengajian am pagi tu kan. haa baca soalan je terbayang muka orang asli yang sedang melambai-lambai menunggu kedatangan aku..muahaha.abes exam pengajian am je kitaorang terus gerak ke kampung sayong pinang tu. 

perjalanannya pulak nun jauh ke dalam ladang kelapa sawit sana dan tembus ke sungai. yelahkan takkan perkampungan orang asli kat tengah-tengah bandar pulok,tak gitu?.

semua yang ada kat sana awesome-awesome belaka~!

 kawan yang awesome

cikgu mad zain yang spoting plus awesome!

 rumah papan tapi ada avanza yang awesome!

 ADUN yang awesome..

kanak-kanak orang asli yang awesome..


abenda ni? yeah ini namanye bebola lumpur yang akan digunakan sebagai bahan pembersih sungai.
Bebola ni dibuat daripada tanah liat yang dicampur dengan cecair effective microorganism (EM) dan bahan buangan dapur seperti kulit buah-buahan dan sayur-sayuran.Ia mengandungi bakteria asid laktik, yis dan bakteria fotosintetik, actinomycetes dan beberapa jenis organisma lain.
Malah hasilnya juga dapat dilihat dalam masa yang singkat iaitu kira-kira tiga hari selepas bebola itu dicampakkan ke dalam sungai.Selain bebola lumpur untuk pembersihan sungai, EM juga boleh digunakan dalam bidang ternakan sama ada menghindarkan lalat atau meningkatkan pengeluaran tanaman serta pengurusan sisa industri. 
*kau perasan tak amalina zaini guna ayat skema dalam petikan diatas.huahaha* #bajeet =p

MEMBALING bebola lumpur ke dalam Sungai Sayong

kalau sungai tepi rumah korang tu bau busuk, bebola ni boleh tolong hilangkan bau dia. hebatkan?.

eh? media? apakah? ya kawan-kawan. pihak media johor pun turun padang. awani,rtm pun ada. kau hadoo?huahaha #ketawa dahsyaatt. kau nampak gambar bot kat atas tu? diaorang nak tangkap gambar aku yang sangat awesomeee =p. bajeett gileww >.<

 orang-orang asli yang awesome..:)

 budak kecik ketakutan yang awesome. #awesome ke?gambar ni nampak macam terpaksa. ;D

 PERHATIAN : meh sini aku bacakan signboard tu "Balai Raya Serbaguna Perkampungan Orang Asli Sayong Pinang" . shafiq ni lahaiii -.-''

mak batin dan tok batin. #mak batin kau!
eh?eh?muka tuan blog mesti lah nak kena tepek kat entry ni. blog gua suka gua. hihi. sekian...terimalah kasih