Tuesday, March 20, 2012

MY LIFE

Assalamualaikum..

Ada yang nak tahu aku aku buat sekarang sampai aku sibuk tak update blog. Okay meh sini aku nak cerita. Aku ni budak form 6 je. Tak awesome macam anda semua. Biasalah form 6 masih terikat dengan peraturan sekolah dan masih ada kerja sekolah yang diberi oleh cikgu,dan  kerja sekolah kami berbentuk buku dan tulisan ball pen biru. Takdelah kena buat assignment dan attach ke email guru.haha

Syukur Alhamdulillah aku lulus dalam SPM. Takde lah teruk sangat and tak lah hebat sangat. Dengan result ni boleh la aku nak mintak mana-mana university kat Malaysia ni mahupun Zimbabwe and Nigeria. Tapi dah banyak yang aku mohon, hanya beberapa je yang ada jawapan. Posmen ni sorok surat aku ke apa?

Tapi aku tak mengharap sangat. Lagi pun aku dapat tawaran ke tingkatan 6. Ikutkan hati rasa malas nak tengok tiang bendera sekolah lagi. Oleh kerana ayah aku nak jadi penaja rasmi aku, aku gagahkan juga melanjutkan lagi usia alam persekolahan aku. Hidup mesti diteruskan.haha

yang paki cermin mata tu yana.
ni fatimah.

Ni lah dua kawan baik aku yang tinggal. Yana and timah yang masih berjiwa kental nak teruskan sekolah. Dengan kata lain yang masih pintar cergas. Yang lain ada yang terus ke matrikulasi, university and ada yang tengah tunggu orang masuk meminang.

Bagi pelajar lelaki kelas aku,yang syok masuk form 6 ni diorang rasa tiba-tiba jadi popular kat sekolah tanpa mengeluarkan cerita hot. Maklum la dah jadi abang besar. Budak pompuan junior dah pandang diorang ni macam pandang  future husband diorang je. Naik seram pulak. Tu belum kira anak dara yang kerja kedai fotostat sijil depan sekolah lagi tu. Fotostat je dapat nombor tepon.huahaha.

Terasa bezanya layanan cikgu bila kita dah jadi pelajar senior ni. Cikgu dah jadi macam kawan. Boleh kongsi masalah bersama, cerita pasai hobi sama-sama. Cikgu pun bukan selalu marah-marah kita lagi. Kita dah matang,cara bergaul pun dah berbeza. Kalau kena dengan gayanya siap boleh lepak-lepak minum petang sama-sama. Boleh kongsi macam-macam cerita. Pasal politik, pasal masalah Negara. Silap-silap, masalah rumah tangga pun cikgu boleh kongsi.hehe

Satu hari, balik je dari sekolah aku dapat surat. Aku bukak surat, laa..rupanya tawaran masuk u and politeknik. dapat jugak. Dah 2 bulan aku sambung form6 ni takkan nak kena bersara awal pulak. Nak kena pikir betul-betul ni. Sambil pikir aku makan buah pelam. Masuk yang kelima bijik aku still tak dapat keputusan lagi. Masuk biji kesebelas aku dah lari masuk toilet,sakit perut.

Atas keputusan dan nasihat cikgu dan makcik kantin aku tak jadi lanjutkan ke mana2 ipta. Tak jadi aku nak sedekahkan buku-buku sekolah aku yang baru je beli.hihi. sekian lah cerita kehidupan aku yang sekarang ..

No comments:

Post a Comment